Anggota polis melakukan kawalan seawal pagi pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi N.07 Bukit Kepong di IKTBN Pagoh, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka sepanjang empat hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula sejak Sabtu lalu.

Jurucakap media PRN Johor Ibu Pejabat Politik Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, ia membabitkan siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 24 (b) (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Dalam tempoh sama polis meluluskan sebanyak 36 permit ceramah di seluruh negeri ini.

“Polis menasihati supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, sepanduk, bendera dan kain rentang mana-mana parti dengan mencabut atau membakar.

Sebelum ini, terdapat insiden bendera parti dibakar di DUN Layang-Layang dan poster dirosakkan di DUN Tenggaroh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast