Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn hadir bertemu calon N30 Paloh.

SEMBRONG – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan sebarang pertambahan had masa ceramah dari pukul 10 kepada 12 tengah malam bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti yang didakwa segelintir pemimpin pembangkang.

Sebaliknya kata beliau yang juga merupakan Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 pihaknya telah mencadangkan had masa ceramah di PRN Johor setakat jam 10 malam dan ianya kekal seperti itu.

“Saya tidak dengar, itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kuartet. Seperti yang semua maklum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menentukan segala-galanya dalam perkara ini. 

“Tetapi kuartet pegang lagi dengan SOP yang telah kita umum sebelum ini, jika sampai pukul 10 maknannya sampai sampai 10 malam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan calon N30 Paloh, Lee Ting Han di Kg Muhibah di sini sebentar tadi.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan Presiden Parti Amanah (Amanah), Mohamad Sabu mendakwa Perdana Menteri membenarkan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam.

PRN Johor : Panjangkan Masa Ceramah, Covid Mudah Sembuh – Mat Sabu

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, perkara tersebut dizahirkan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan yang diadakan selepas sidang Parlimen semalam

Katanya, persetujuan membenarkan ceramah ditamatkan pada 12 tengah malam berbanding 10 malam ketika ini dikemukakan dalam pertemuan yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Untuk makluman, mengikut  SOP yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penganjuran ceramah, syarahan atau kempen dalam PRN Johor dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 100 hadirin sahaja.

Setiap aktiviti hanya dibenarkan diadakan selama dua jam dan tidak melebihi pukul 10 malam, manakala penganjuran di premis terbuka atau tempat umum pula tidak dibenarkan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast