Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tengah) melawat ruang pameran pada Program Jelajah Dialog Industri Agromakanan bersama Komuniti Agromakanan Johor di Pau Mira Frozen Sdn Bhd, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2022.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tengah) melawat ruang pameran pada Program Jelajah Dialog Industri Agromakanan bersama Komuniti Agromakanan Johor di Pau Mira Frozen Sdn Bhd, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2022.

PAGOH – Perikatan Nasional (PN) sudah memutuskan calon Menteri Besar Johor dan pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak tahu (siapa calon MB,” jawab beliau ketika ditanya sama ada PN akan menamakan semula bekas menteri besar Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai calon.

Beliau ditemui semasa berhadir bersama Sahruddin dalam Program Jelajah Dialog Industri Agromakanan Bersama Komuniti Agromakanan Johor, di Pau Mira Frozen Food Sdn Bhd.

Diasak sama ada PN sudah mempunyai calon menteri besar, Ronald berkata: “Ia akan diumumkan oleh Pengerusi PN,”.

Muhyiddin selepas melancarkan Ikrar Perikatan Nasional berkata, calon Menteri Besar PN akan diumumkan pada masa yang sesuai.

“Ya kita akan umumkan pada masa yang sesuai. Tak ada masalah. Tak boleh ada kerajaan kalau tak ada menteri besar,” kata Muhyiddin awal hari ini.

Sehingga hari ini, Pakatan Harapan juga masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai calon Menteri Besar Johor.

Namun spekulasi kuat menyatakan jawatan itu akan diberikan kepada bekas Menteri PH, Maszlee Malik yang bertanding sebagai calon PKR bagi DUN Layang-Layang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast