Hamzah Zainudin modern day slavery
Datuk Seri Hamzah Zainudin.

PAGOH – Individu yang akan diangkat sebagai calon Menteri Besar Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Menurut Setiausaha Agung PN, yang juga Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Hamzah Zainudin, perkara itu akan ketahui esok dalam satu mesyuarat.

“Buat masa ini kita sedang meneliti dari segi sokongan seluruh calon-calon yang kita ada.

“Kita akan mengumumkan tidak lama lagi apabila keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi PN, kita akan adakan mesyuarat esok hari.

“Lepas itu kita akan pasti siapa yang lebih baik untuk kita ketengahkan sebagai calon MB,” katanya selepas hadir sesi walkabout di sekitar Pekan Pagoh, sebentar tadi.

Ditanya mengenai senarai calon, Hamzah berkata, beberapa calon sudah disenaraikan dan diputuskan mengikut kriteria-kriteria tertentu.

“Tak ramai (calon MB), oleh kerana nak memilih Menteri Besar itu kita mesti melihat dari segi kriteria-kriteria tertentu kerana dari segi pengurusan beliau untuk menguruskan negeri ini.

“Pengalaman yang ada pada mereka yang uruskan dan yang paling penting adalah soal integriti mereka itu, itu tidak boleh dipersoal,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hamzah enggan mengulas persoalan media sama ada calon MB gabungan itu merupakan calon baru ataupun bekas menteri bekas sendiri.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi gabungan itu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Perikatan Nasional sudah mempunyai calon Menteri Besar Johor.

Malah ia akan diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast