Friday, October 25, 2024
Home Sukan Henrikh Mkhitaryan bersara peringkat antarabangsa, tumpu kelab

Henrikh Mkhitaryan bersara peringkat antarabangsa, tumpu kelab

Henrikh Mkhitaryan. Foto BeIN Sports.
ROM – Bintang Armenia, Henrikh Mkhitaryan mahu memberi tumpuan bersama Roma di bawah bimbingan Jose Mourinho apabila memutuskan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa.
Bekas pemain tengah Manchester United dan Arsenal itu akan memberi fokus kepada perjuangannya di peringkat kelab selepas membuat 95 penampilan bersama Armenia, yang tidak pernah layak ke Piala Dunia atau Kejohanan Eropah.
Mkhitaryan merupakan ketua pasukan dan penjaring terbanyak negaranya selepas menyumbangkan 32 gol.
Dia mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan menerusi di media sosial dengan mesej berbunyi “Selamat tinggal pasukan kebangsaan saya yang dikasihi”.
Pemain berusia 33 tahun itu yang mempunyai kontrak semusim lagi bersama kelab Serie A itu menambah, dia mahu memenangi setiap langkah dalam kariernya, tidak kira betapa sukarnya ia.
“Adalah menjadi satu penghormatan untuk mewakili negara saya selama 15 tahun, lebih-lebih lagi diangkat sebagai kapten sejak enam tahun lalu.
“Selepas 95 penampilan antarabangsa dengan kerja keras, semangat dan suka duka sepanjang perjalanan mewakili negara saya di atas padang, saya mengambil keputusan untuk bersara di peringkat antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Armenia,” tulisnya. – The Sun
https://www.thesun.co.uk/sport/football/17833668/man-utd-arsenal-mkhitaryan-retires/