Berita gembira buat rakyat negara ini yang tidak memiliki slip gaji kerana mereka kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah masing-masing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pinjaman golongan itu akan dijamin oleh kerajaan menerusi penubuhan anak syarikat Kementerian Kewangan iaitu Skim Jaminan Kredit Berhad (SJKP).