Foto Facebook Sabah FC.

KUALA LUMPUR – Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan kekalahan tipis 0-1 skuad bimbingannya di tangan Negeri Sembilan FC pada aksi di Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.

Walaupun menguasai perlawanan dan memiliki beberapa peluang terhidang, kebuntuan  menjaringkan gol memusnahkan impian tuan rumah untuk meraih keputusan positif pada aksi pertama Liga Super 2022.

“Kita tidak memanfaatkan peluang, ada banyak kawal situasi namun peluang tidak disempurnakan termasuklah sepakan penalti dan memberi tamparan bila NSFC mendapatkan gol menerusi set piece.

Datuk Ong Kim Swee.

“Keputusan ini cukup mengecewakan dan kita perłu bersedia untuk kembali beraksi pada perlawanan seterusnya menentang Petaling Jaya City FC,  9 Mac nanti juga di laman sendiri,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi yang berlangsung malam tadi, çorak perlawanan nyata memihak tuan rumah yang mendominasi perlawanan menerusi beberapa gerakan menarik memberikan tekanan kepada pelawat.

Pemain import Sabah FC, Neto Pesoa berjaya menjaringkan gol selepas tendangannya gagal ditepis penjaga gol NSFC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pada minit ke-24 namun dibatalkan kerana ofsaid.

Neto sekali lagi berpeluang menjaringkan gol pada minit akhir babak pertama melalui sepakan penalti yang menimbulkan bantahan pasukan NSFC. Namun tendangannya berjaya ditepis Ahmad Syihan.

Gol tunggal juara Liga Perdana musim lalu itu diperoleh menerusi Khair Jones pada minit ke-51 yang menerima hantaran rakan susulan sepakan percuma di depan gawang tuan rumah. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast