calon (DUN) Pemanis N.03 dari Perikatan Nasional (PN), Uzzair Ismail

SEGAMAT – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis N.03 dari parti Perikatan Nasional (PN), Uzzair Ismail membuat pecutan gear lima dalam memanfaatkan kempen berbaki kurang dari seminggu untuk mendekati masyarakat di daerah ini.

Uzzair, 39, berkata, biar pun berada kawasan luar bandar, namun kerusi yang ditandingi merupakan antara kerusi panas menjadikan persaingan sengit yang memerlukan beliau bekerja keras.

Katanya, kawasan Pemanis turut dilanda isu ‘panas’ seperti penyelesaian hak milik tanah generasi Felda yang dijadikan bahan kempen.

“Walaupun bertanding di kawasan luar bandar, gerak kerja calon bersama jentera masing-masing diteruskan dan berkempen menggunakan platform media sosial.

“Justeru usaha mendekati pengundi juga memerlukan fakta bukan semata janji ‘omong kosong’ dalam memahamkan isu yang diketengahkan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Jelas Uzzair ramai kelibat pemimpin terkemuka parti termasuk dari luar Johor datang bersama memeriahkan kempen di Segamat bagi membantu calon masing-masing.

Selain itu pihaknya turut memuat turun edaran risalah digital di media sosial, mengadakan ceramah secara maya berikuta mahu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.

“Pusat Daerah Mengundi di bilik gerakan mengaturkan pelbagai program bertemu rakyat bagi mengenal pasti permasalahan mereka,” katanya.

Bapa anak tiga ini akan terus memanfaatkan tempoh berkempen yang kini dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam untuk bertemu rakyat.

Uzzair berhadapan Anuar Abd Manap (Barisan Nasional), Yoong Thau, (PH-PKR) dan Dr. Azita Amein (Pejuang). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast