Home Nasional Penganjur program Riuh Ek! akan disiasat

Penganjur program Riuh Ek! akan disiasat

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan mengenal pasti penganjur dan individu yang terlibat dalam sebuah konsert yang viral dipercayai berlaku di Air Hitam baru-baru ini.

Video berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita sedang sakan berjoget sehingga mengabaikan penjarakan sosial sesama mereka.

Ketua Polis Johor,Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya akan melakukan siasatan untuk memastikanĀ  sama ada penganjur mempunyai permit atau sebaliknya.

Kamarul Zaman menunjukkan barang rampasan dadah yang ditemui di Larkin baru-baru ini.

“Konsert tanpa SOP ini tidak patut berlaku pada musim-musim begini.

“Kalau dilihat ia sudah pasti menjadi kesalahan kerana memang tidak patuh SOP. Kita akanĀ  siasat dan akan ambil tindakan kepada mereka terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman mengingatkan orang awam supaya tidak melakukan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan orang lain terutama yang melibatkan SOP.

Video berdurasi 20 yang dikongsi itu turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang tidak peka dengan kejadian tersebut.

Program itu didakwa dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast