Datuk Shamsol Bari Jamali.

AYER HITAM – Masyarakat sudah muak dengan cerita dan naratif sesetengah pemimpin parti politik yang hanya bermodalkan air liur bagi meraih undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, Datuk Shamsol Bari Jamali, selain menyebarkan rasa benci atau bimbang dalam kalangan pengundi dengan sentiasa bercakap tentang rasuah, mereka sudah tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada rakyat.

“Cerita-cerita rasuah ini macam sudah season. Macam tidak laku lagi dalam kalangan pengundi. Mana tidaknya, kebanyakan yang mereka cerita terlibat rasuah ini bukanlah calon.

“Kedua, mereka juga bukanlah bercerita tentang calon rasuah. Mengapa yang cerita itu orang luar?

“Yang sebar-sebar fitnah juga datangnya dari luar. Bagaimana mereka yang orang luar terus menjaja tentang cerita sebegini pada pilihan raya yang calonnya dari kalangan anak tempatan, bercerita tentang orang kami kepada keluarga sendiri?” soalnya.

Sebenarnya, menurut Shamsol,  taktik mereka guna orang luar datang untuk bercakap tentang anak tempatan itu salah dan pengundi tahu tentang kebenaran itu.

Menurutnya, kemenangan seseorang calon itu bukan diukur dengan cerita-cerita seperti itu kerana pemikiran pengundi sudah berubah pada masa ini.

Beliau berkata, rakyat hanya mahu mendengar tentang pembangunan, ekonomi dan lain-lain yang boleh membawa faedah kepada mereka.

“Bukan lagi siang malam bercakap tentang kepincangan sahaja,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast