Ahmad Shabery Cheek

JOHOR BAHRU – ”Ubah pendirian nampak?

Itu reaksi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek selepas parti DAP menyokong pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Soal beliau, kenapa tunggu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sedangkan dulu tak setuju.

Cabar beliau, sesi Parlimen sedang berjalan sekarangnya dan DAP boleh menyuruh semua mendesal agar pengeluaran terakhir KWSP dilakukan.

Ini kerana, keputusan pengeluaran KWSP bukan di peringkat negeri tapi pada Kerajaan Pusat.

”Takkan tak tahu mana kuasa MB (menteri besar), mana kuasa Menteri Kewangan?,” soal Shabery lagi.

Semalam, DAP mengakui bahawa pengeluaran KWSP antara enam isu utama yang disuarakan oleh pengundi Johor.

Sehubungan itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sepatutnya membenarkan orang ramai mengeluarkan caruman KWSP mereka jika tidak sebanyak RM10,000, mungkin sekurang-kurangnya RM5,000 untuk membolehkan mereka memenuhi obligasi kewangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast