Employees Provident Fund EPF i-Citra withdrawal RM5,000
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76% responden yang terlibat dalam kajian berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersetuju pengeluaran caruman terakhir.

Manakala 24% lagi tidak bersetuju, menurut Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Antara alasan responden yang memilih ‘Ya’ untuk pengeluaran KWSP ialah memerlukan wang untuk teruskan hidup (66%); Dana sokongan kerana ketidakpastian sepanjang pandemik (58%); Pelaburan untuk pulangan yang lebih baik daripada KWSP (28%); Leisure (bercuti/beli gajet/fesyen dan lain-lain (10%) dan Lain-lain (5%).

Alasan ‘Tidak’ oleh responden kerana Bimbang persaraan saya (55%); Pulangan KWSP baik dan selamat (44%); Ekonomi semakin pulih dan yakin dapat tampung kehidupan (30%); Tidak perlukan wang KWSP (23%) dan Lain-lain (3%).

Dalam kaji selidik ini, 53% responden telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/i-Citra sementara 47% lagi tidak membuat sebarang pengeluaran.

Dapatan kajian itu, mendapati 69% responden yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/ i-Citra mengatakan mereka akan menyimpan semula jumlah pengeluaran mereka ke dalam akaun KWSP selepas ekonomi mereka pulih.

Sementara itu 31% lagi memilih ‘Tidak’.

Kaji selidik ini membabitkan 1,211 orang pekerja di Malaysia.

Seterusnya, kaji selidik bertanyakan sama ada pengeluaran lagi bakal memberi kesan kepada pelan persaraan mereka, keputusan menunjukkan 37% responden memilih ‘Ya’, 41% memilih ‘Tidak’ dan 22% mengatakan ‘Tidak Pasti’.

Majoriti yang telah membuat pengeluaran KWSP di bawah skim i-Sinar/i-Citra adalah daripada generasi X (79%) dan Generasi Y (70%).

Kedua-dua generasi ini juga memilih pengeluaran lagi daripada akaun KWSP dibenarkan dengan 86%. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast