KUALA LUMPUR – Bekas wartawan hiburan TV3, Md Nasir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 9.45 pagi tadi.
Berita sedih pemergian Allahyarham yang cukup dikenali dengan slogan ‘Kita Terjah’ menerusi program Melodi itu dikongsikan oleh anak dan menantunya menerusi panggilan telefon kepada media.
Nas Ahmad, 63, dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu selepas mengalami masalah kekurangan oksigen sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sejak Januari 2023, Nas Ahmad berdepan ujian kesihatan apabila dilaporkan menghidap penyakit jantung dan memerlukan kos lebih RM30,000 untuk pembedahan.
Allahyarham pernah menggalas peranan sebagai wartawan dan penerbit rancangan hiburan sekali gus menjadi antara nama besar dalam dunia kewartawanan hiburan tempatan pada era 1980-an. – MalaysiaGazette
















