Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Pentas Anak Muda Johor sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bilik Gerakan PN Zon Utara, Pagoh, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 08 MAC 2022.

PAGOH – Para pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dingatkan supaya keluar mengundi pada Sabtu ini, gesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, beliau bimbang jika peratusan keluar mengundi rendah, ia jelas akan menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya bahawa pimpinan anak-anak muda yang ada faham, kita tiada pilihan dan pilihan kita ialah sokong PN, cuma dibimbangi beberapa peratusan yang akan keluar mengundi, kalau ikut Melaka 60 peratus apakah Johor 59 peratus atau 70 peratus.

“Saya nak ingatkan kalau sekiranya peratusan keluar mengundi rendah itu akan menguntungkan UMNO-BN, sebab kalau di sana bersolat hajat jangan orang keluar mengundi, kita kena solat hajat supaya ramai-ramai keluar mengundi.

“Makin ramai keluar mengundi peluang dan harapan kita untuk menang cemerlang amat baik sekali,” katanya dalam ucapan di Pentas Anak Muda Johor di Dewan Undangan Negeri Bukit (DUN) Kepong, semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Pentas Anak Muda Johor sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bilik Gerakan PN Zon Utara, Pagoh, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 08 MAC 2022.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pengundi muda dan pengundi pertama kali adalah kumpulan yang menjadi penentu kepada peningkatan sokongan PN.

Malah ia adalah platform bagi gabungan itu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) tidak lama lagi.

“PN akan kembali berkuasa bukan sahaja di Johor tetapi peringkat negara dalam PRU akan datang,” katanya lagi.

Kelmarin, Muhyiddin berkata PN kini lebih memfokuskan kawasan “kerusi kelabu” untuk meraih kemenangan di PRN Johor.

Muhyiddin turut berkata terdapat beberapa kawasan tertentu di negeri selatan itu yang memerlukan lebih usaha dan fokus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast