Chin Tong tidak menamakan “kerusiĀ kritikal” itu, tetapi Timbalan Ketua DAP Johor, Teo Nie Ching memberitahu tiga kerusi daripadanya yang ditandingi DAP adalah Pekan Nanas, Yong Peng dan Bekok.
Chin Tong dan Nie Ching dipetik sebagai berkata demikian semasa menerima wawancara akhbar berbahasa Cina mengenai situasi semasa Pilihan Raya Johor.
Menurut Chin Tong, walaupun jangkaan awal adalah BN mampu memenangi antara 37 hingga 42 kerusi, tetapi jumlah itu telah menyusut ke 29 hingga 31 kerusi.
Katanya, keadaan itu bermakna “kedudukan sama” akan berulang di Johor kerana BN dan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini mempunyai 29 kerusi.
“Namun begitu, keadaan yang berbeza juga boleh berlaku, termasuk ketiga-tiga pakatan politik iaitu BN, PN dan PH tidak mencapai majoriti.
“Kemungkinan kedua pula adalah PH akan mentadbir,” katanya.
Menurutnya, kadar mengundi yang tinggi akan menguntungkan malahan memenangkan PH, atau sekurang-kurangnya menafikan majoriti BN. – MalaysiaGazette