Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penyokong selepas kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional, Taman Scientex Utama Senai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 12 MAC 2022.

SENAI – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia meletakkan jawatan jika ada dalam kalangan ahli-ahli parti berasa terkilan dan mahu beliau bertanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya bertanggungjawab, tidak ada masalah kalau mereka kata pengerusi perlu letak jawatan terserah kepada parti. Saya memegang tanggungjawab ini.

“Kalau menang saya bertanggungjawan dan kalau kalah pun saya bertanggungjawab. Ini  satu amanah yang saya pikul. Kalau terkilan saya sudah buat terbaik, semua kerja keras tak cukup tidur,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, cabaran yang dihadapi Perikatan Nasional dalam PRN Johor tidak mudah selain kemenangan yang dikecapi semasa PRU-14 dahulu adalah atas tiket part lain.

Menyifatkan kedua-dua situasi berbeza, Muhyiddin berkata, beliau terbuka seperti mana amalan sistem demokrasi dan bersedia pada bila-bila masa berhubung kedudukannya dengan persetujuan rakan-rakan gabungan.

Muhyiddin berkata, perkembangan hari ini merupakan salah satu cabaran yang perlu PN hadapi sebagai sebuah parti baharu namun sebagai pengerusi maka beliau akan bertanggungjawab atas kemenangan dan dan juga kekalahan.

“Kita di sini mengamalkan sistem demokrasi jadi saya memang tiada masalah untuk step down jika ahli parti berfikiran sedemikian,” katanya.

PN menang tiga kerusi DUN dan satu daripadanya disumbangkan oleh Pas iaitu di kerusi Maharani. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pak din jangan cakap begitu boss. Kalau menang adat berlawan . Hakikat takdir dari Allah kemenangan UMNO adalah astudraj semata2. Bila pengundi keluar 80%nanti tahu lah dimana letaknya UMNO . Sekarang Pak din perlu tobat dari dosa pengkhianat mandat rakyat . Supaya pembangkang dapat terima dalam gabungan pembangkang dimasa depan .

  2. Mmg sepatutnya bersara…sudah2 laa…menjaja fitnah, mencaci cerca…rakyat tak boleh terima kaki fitnah sebagai pemimpin…Ni Allah masih bagi peluang menang 3..lain kali kalau perangai serupa Atok, nasib kamu akan jd seperti Pejuang..kalah semua kerusi…

Comments are closed.