KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta penjelasan sama ada surat yang dianggap ‘luar biasa bodoh’ daripada Tan Sri Tommy Thomas kepada peguam keturunan Sulu diluluskan oleh Jemaah Menteri Pakatan Harapan (PH) atau ia adalah surat daripada Tommy sebagai Peguam Negara.
Penjelasan itu dituntut untuk dijawab oleh Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng.
Bekas perdana menteri itu menyifatkan surat ‘luar biasa bodoh’ itu adalah kes berat kerana ia melibatkan tuntutan pampasan kepada negara sebanyak RM63 bilion.
”Sebab ini isu berat, saya nak tanya pemimpin-pemimpin kerajaan dahulu termasuk Mahathir, Guan Eng dan Muhyiddin: Adakah surat yang luar biasa bodoh ini diluluskan jemaah menteri masa itu ataupun ianya hanya surat dari Tommy sebagai Peguam Negara sahaja?
”Korang sudah hilangkan Pulau Batu Puteh tanpa penjelasan sebaik sahaja korang ambil alih kerajaan. Jangan pulak kedaulatan Sabah turut hilang ataupun negara perlu bayar pampasan RM63 bilion akibat kelemahan dan kebodohan korang juga,” kata Najib dalam hantaran di Facebook.
Dalam kenyataan panjang yang ditulisnya, Najib turut mempersoalkan tindakan Tommy menyatakan rasa kesal selepas Malaysia memberhentikan bayaran RM5,300 setahun dalam surat kepada peguam di United Kingdom yang mewakili keturunan Sulu yang menyaman negara pada tahun 2919.
Najib berkata, beliau tidak faham mengapa Tommy mengaku Malaysia kesal sedangkan bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengakibatkan pengorbanan 10 ahli anggota keselamatan negara.
”Yang saya tak faham ialah Peguam Negara masa kerajaan PH (Pakatan Harapan) telah tulis surat pada tahun 2019 kepada peguam UK mewakili keturunan Sulu yang sedang saman negara kita untuk mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar “tunggakan” dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.
”Saya memang tak faham kenapa dia kesal. Dia kesal bahawa “hanya” 10 ahli anggota keselamatan kita terbunuh atau apa?,” soal beliau.
Sedangkan kata Najib, bayaran itu dihentikan selepas keturunan Sulu melanggar perjanjian apabila pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 dan membunuh wira negara dengan cara begitu kejam.
Lantaran itu, Najib terus mempersoalkan, adakah Tommy dan PH fikir keturunan Sulu akan menghentikan kes setelah dibayar pampasan RM48,300 sahaja sedangkan mereka sanggup mengupah peguam UK untuk saman Malaysia untuk pampasan berpuluh bilion ringgit di negara Sepanyol.
Najib turut kesal kerana selain kerajaan PH tidak menghantar wakil bagi kes Mahkamah Sepanyol, surat peguam negara tahun 2019 ini dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam keturunan Sulu bagi menang kes ini sebab surat ini disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah “salah” dan kita “kesal”.
Surat tahun 2019 ini juga digunakan oleh peguam UK minggu lepas untuk sangkal pendirian peguam negara hari ini bahawa identiti waris terbabit diragui.
”Sekiranya kamu kata Malaysia sudah mengaku salah dan kesal, adakah kami masih berpeluang untuk menang kes ke?,” soal Najib lagi sambil bertanya mengapa keturunan Sulu perlu tunggu dari tahun 2013 hingga kerajaan bertukar tangan pada tahun 2018 sebelum memulakan saman terhadap negara. – MalaysiaGazette
Banyak tu…..
1mdb pun tak sampai sebegitu.
Kalau lah bossku ada orang lain lebih teror lagi dari 1mdb .
Bodoh punya Tommy Thomas…sama bodoh dgn Medey dan Abahcow…skrg jawab lah baruah!
Bekas peguam negara was a devil advocate sebab dia kata tiada bukti militan Sultan Sulu yang ceroboh Lahad Datu.