Pesakit Covid-19 dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalankan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,521 kes jangkitan Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 634 kes (41.7%) adalah dalam kategori 3,4 dan 5 manakala 887 kes (58.3%) kategori 1 dan 2.

Menurutnya, Malaysia merekodkan 22,030 kes harian semalam.

Pecahan kes adalah seperti berikut:
• Kategori 1: 8,616 kes (39.11%);
• Kategori 2: 13,188 kes (59.86%);
• Kategori 3: 71 kes (0.32%);
• Kategori 4: 61 kes (0.28%); dan
• Kategori 5: 94 kes (0.43%)

Daripada 226 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 52 kes (23.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 111 kes (49.12%) telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

Sebanyak 63 kes (27.88%) telah menerima dos penggalak, 144 kes (63.72%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 64 kes (28.32%) mempunyai komorbid.

Dr Noor Hisham menambah, dalam tempoh yang sama, sebanyak enam negeri menunjukkan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) melepasi 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (77%), Kelantan (75%), Johor (66%), Selangor (62%), Melaka (59%) dan Pulau Pinang (51%).

Manakala 12 negeri pula menyaksikan penggunaan katil bukan ICU melepasi 50 peratus iaitu Putrajaya (107%), Selangor (103%), Kuala Lumpur (90%), Perak (86%), Melaka (84%), Sarawak (81%), Perlis (76%), Terengganu (73%), Kelantan (71%), Johor (58%), Pulau Pinang (56%) dan Pahang (55%). – MalaysiaGazette