Gambar hiasan. foto Reuters

LONDON – Harga minyak West Texas Intermediate (WTI), secara purata berlegar sekitar AS$113 setong pada Mac dan AS$112 setong bagi suku kedua 2022 (2Q22).

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat berkata, unjuran ini tertakluk kepada tahap ketidakpastian yang meningkat disebabkan pelbagai faktor, termasuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, had pengeluaran yang dikeluarkan kerajaan ke atas import tenaga dari Rusia, pengeluaran petroleum Rusia dan permintaan minyak mentah global.

Menurutnya, harga ramalan minyak mentah Brent pula kepada AS$116 setong untuk 2Q22.

EIA menjangkakan harga petrol pula pada purata kira-kira AS$4.10/gal pada bulan ini dan meningkat sebanyak AS$4.12/gal pada bulan Mei sebelum menurun secara beransur-ansur sepanjang tahun ini.

Ia juga meramalkan harga petrol runcit biasa AS akan menjadi purata AS$3.79/gal. pada 2022 dan AS$3.33/gal. pada 2023.

Jika direalisasikan, purata harga petrol runcit 2022 akan menjadi harga purata tertinggi sejak 2014, selepas diselaraskan dengan inflasi.

Pada 8 Mac, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa AS akan mengharamkan import minyak, LNG dan arang batu dari Rusia.

UK juga mengumumkan akan menghentikan import minyak dari Rusia secara berperingkat sepanjang tahun 2022 dan Kesatuan Eropah pula memaklumkan rancangan untuk mengurangkan dengan ketara jumlah bahan api fosil yang diimport Eropah dari Rusia sebelum 2030. – worldpipelines.com (https://www.worldpipelines.com/business-news/16032022/crude-oil-prices-higher-than-us100bbl-in-coming-months/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast