Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan ketika hadir pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 17 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Isi pelantikan Menteri Besar Johor akan dijawab oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, esok.

Malah, katanya, isu bantahan dalaman parti untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat juga akan dijawab sekali.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan sama ada penjelasan berkenaan akan dibuat dalam ucapan dasar atau menerusi sidang media.

“Kedua-dua jawapan ini akan saya jawab esok,” katanya ringkas ketika sidang media.

Terdahulu beliau diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan ada ahli-ahli UMNO yang membantah PRU-15 diadakan dalam masa terdekat serta penolakan akar umbi parti  terhadap pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor.

Penolakan itu dilaporkan berlaku kerana akar umbi mahu Datuk Hasni Mohammad dikekalkan sebagai peneraju pentadbiran Johor. – MalaysiaGazette