Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari negara Thailand berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan ini dibuat setelah beberapa penambahbaikan dalam peraturan dan prosedur import dilakukan.

Menurutnya, keputusan ini juga turut mengambilkira langkah-langkah mitigasi yang boleh diambil di dalam negara bagi mengawal penyakit ‘Lumpy Skin Disease’ (LSD).

Sehubungan itu, DVS memohon semua pemain industri (pengimport, peraih dan penternak) memberi kerjasama dengan memastikan pembelian ternakan dari negara Thailand dibuat melalui pembekal ternakan yang sah dan berdaftar dengan Department of Livestock Development Thailand (DLD).

Ini bertujuan memastikan segala prosedur dalam pengawalan penyakit LSD dapat dipatuhi dan mengelakkan dari ternakan
berpenyakit masuk ke Malaysia.

DVS menjangkakan bekalan ternakan lembu dan kerbau untuk keperluan penyembelihan Hari Raya tidak terganggu dan mencukupi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast