Foto Instagram Zul Ariffin.

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam netizen, pelakon, Zul Ariffin hari ini telah memadam sedutan babak panas dalam drama Perempuan Itu yang dimuat naik di Instagram pada malam tadi.

Namun dia berkongsi pula video terbaharu bertepuk tangan sambil menulis kapsyen kembali bekerja seolah-olah tiada apa yang berlaku membabitkan dirinya.

Back to work,” tulisnya ringkas.

Namun, netizen masih belum berpuas hati dan berterusan meninggalkan komen kecaman dan nasihat menerusi perkongsian terbaharu pelakon berusia 35 tahun itu.

Selain rasa kurang senang dengan aksi yang dilakonkan oleh Zul bersama pelakon baharu, Siti Hariesa dalam drama berkenaan, netizen turut mempersoalkan tindakannya memadam video yang sudah menerima lebih sejuta tontonan itu.

Semalam, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul tidak berbaju mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap whipped cream ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem lucah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Aksi panas Zul Ariffin buat menteri tarik nafas panjang