KAJANG – “Jika PAU (Perhimpunan Agung UMNO) menganggap lompat parti adalah satu khianat, saya Menteri Dalam Negeri yang tidak mengkhianati rakyat.”
Itu reaksi Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika disoal mengenai desakan perwakilan PAU dan Kongres DAP yang meminta parti mereka tidak mengambil mana-mana ahli Bersatu yang melompat kerana dianggap pengkhianat.
Setiausaha Agung Bersatu dan juga Perikatan Nasional itu sebaliknya menjelaskan, itu hanyalah penakrifan dan persepsi yang ditimbulkan oleh UMNO sahaja.
“Bila ada orang kata lompat parti sebagai pengkhianat saya nak jelaskan di sini bahawa kalau PAU katakan orang lompat parti itu pengkhianat sepatutnya pengkhianat tidak boleh menjadi Menteri Dalam Negeri.
“Tapi hari ini Menteri Dalam Negeri duduk di sini takda pun mengkhianati rakyat yang ada dalam negara.
“Apa yang penting adalah agenda sejahterakan rakyat dan parti yang mengatakan kita lompat parti atas tujuan tertentu itu hanyalah persepsi yang ditumbulkan oleh mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Penjara di Maktab Penjara Kajang hari ini.
Ahli Parlimen Larut itu juga menjelaskan sesuatu yang berlaku itu (melompat parti) adalah atas kehendak Allah kerana kepentingan ketika perkara itu berlaku.
Ujar beliau, ketika itu rakyat di luar sana hidup dalam keadaan resah dengan diselubungi bermacam-macam perkara yang timbul antaranya isu perkauman dan keagamaan.
“Ketika itu UMNO sebagai parti pembangkang dan kita harus lihat perspektif yang paling positif, ianya untuk stabilkan kerajaan.
“Hari ini kerajaan stabil cuma ada sesetengah pihak yang melaungkan seolah-olah kerajaan gagal mentadbir urus negara. Jadi ini menunjukkan sikap sesetengah orang yang tidak langsung memikirkan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kepada rakyat.
“Kita ada masih setahun lebih lagi, mengapa tidak kita sama-sama memberikan buah fikiran daripada fikir tentang politik hari-hari dan hanya mereka yang tiada perkara lain, agendanya hanyalah nak cari tempat atau kuasa atau jawatan dalam negara,” katanya.
Ujar Hamzah, rakyat sudah sedar mereka yang melaung-laungkan perkara seperti ini semata-mata hanya mahu merosakkan pemikiran rakyat.
Baginya, membangunkan negara dan menstabilkan ekonominya menjadi agenda lebih penting.
“Saya sebagai Menteri KDN agendanya untuk stabilkan negara menerusi keselamatan dan apabila negara tak stabil sudah tentu tiada pelabur sama ada daripada luar atau dalam sendiri akan memajukan negara ini.
“Kita nak pertumbuhan ekonomi maka sudah tentu aktiviti paling mustahak adalah membangunkan ekonomi dan membangunkan negara dengan lebih baik dan diterima rakyat untuk menentukan mereka juga ada peluang untuk pekerjaan atau perniagaan sendiri,” tegasnya.- MalaysiaGazette
yang sebenar bukan istilah LOMPAT….tetapi HIJRAH kepada keadaan dan tempat yang lebih baik..umpama katak2 yang MELOMPAT dari kolam2 atau habitanya yang MEMBUSUK penuh dengan NAJIS-NAJIS RASUAH KHIANAT MANIFESTO pentingkan diri sendiri salah GUNAKUASA dan GILA KUASA
Politikus Pak Pandir kemaruk undi baka pekerja warga asing timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris yang walaupun minority tetapi meraih 70% ekonomi berkat dasar ekonomi apartheid DEB supaya majority pribumi Bumiputras dapat setakat 30% ekonomi sehingga tanah rizab Melayu kini tinggal 12% yang mengejutkan Palestine, kan? Inilah menang sorak kampung tergadai.