KUALA LUMPUR – Seorang ejen insurans gagal dalam usahanya untuk mencabar dakwaan penukaran agamanya kepada Islam secara sepihak ketika dia masih kecil oleh bapanya.
Ia diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin yang menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh wanita berusia 42 tahun itu terhadap ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Malaysia, selaku responden pertama hingga ketiga.
Hakim Noorin dalam penghakimannya memutuskan bahawa dalam hal yang berkaitan dengan Islam, Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukannya.
“Mahkamah Sivil tidak boleh memasuki bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan agama Islam.
“Adalah sangat tidak wajar bagi mahkamah ini sebagai Mahkamah Sivil untuk menentukan kesahihan penukaran agama mana-mana orang sama ada orang itu beragama Islam atau tidak kerana ia termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan,” kata hakim itu semasa prosiding dalam talian hari ini. – Bernama
Tak payah batal dimahkamah . Cukup tiga syarat Islam akan terbatal dengan sendiri . Mungucap dengan lidah . Iktikad dihati dan melakukan dengan
perbuatan anggota . Islam tak ada paksaan . Apa gunanya diluar Islam hatinya kafir . Inilah punca Islam jadi rosak