Tangkap layar menunjukan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya ketika menaiki sebuah kereta di Jalan Tambun, Ipoh, Perak.

IPOH – Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan tiga kanak-kanak berpakaian seragam sekolah melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan mereka dari sebuah kereta di Jalan Tambun di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, video aksi kanak-kanak itu tular di media sosial namun masa dan tarikh kejadian masih belum dikenal pasti.

murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Datuk Mior Faridalathrash Wahid

“Satu laporan polis berhubung keajdian itu diterima dan kita sedang menjalankan siasatan.

“Kita juga sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes tersebut bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Mior Faridalathrash, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Yap Siew Cheng di talian 012 909 3362,” ujar beliau.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi dua minit memaparkan tiga kanak-kanak berpakaian seragam sekolah mengeluarkan separuh badan mereka di tingkap bahagian penumpang sebuah kereta jenis Mercedes Benz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast