Majlis perasmian Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada kali ini dengan norma baharu diadakan pada malam tadi dengan penyertaan seramai 1,000 atlet bermula 24 hingga 27 Mac 2022.

KUANTAN – Seramai 1,000 atlet menyertai Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum)  pada kali ini dengan norma baharu setelah dua tahun kejohanan itu ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Penyertaan kali kini dijalankan secara bersemuka dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai tuan rumah.

Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, sepanjang kejohanan kali ini hanya  atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai pasukan yang terlibat dengan acara yang dipertandingkan sahaja dibenar berada di tempat pertandingan seperti yang dijadualkan,” katanya ketika ditemui.

Kejohanan MASUM dianjurkan dengan tatacara pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiada penyokong atau bukan kontinjen dibenarkan di tempat pertandingan, lokasi pertandingan  akan disanitasi selepas tamat pertandingan pada setiap hari dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang,” tambahnya.

Perasmian MASUM malam tadi disempurna oleh Naib Canselor UMP, Prof Datuk  Ts Dr Yuserrie Zainuddin merangkap  Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia.

Pada kali ini sebanyak 37 pingat emas, perak dan gangsa ditawarkan untuk diraih oleh semua atlet yang bertanding pada kejohanan tersebut bermula 24 hingga 27 Mac 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast