KUALA LUMPUR – Pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Telawi 5, Bangsar berdekatan pusat hiburan awal pagi ini sehingga menimbulkan kekecohan didapati mabuk.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, akibat pertengkaran polis terpaksa mengambil tindakan kepada terhadap kumpulan berkenaan.

“Dalam video tersebut menunjukkan berlakunya kekecohan semasa pihak Polis Pantai sedang meleraikan pergaduhan mulut antara dua kumpulan pelanggan di luar pusat hiburan tersebut.

“Kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai telah mabuk lalu bergaduh mulut sesama sendiri sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit,” katanya menerusi kenyataan.

Hari ini, tular video yang memaparkan kekecohan yang melibatkan beberapa orang lelaki sedang ditahan polis.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Dalam masa yang sama Amihizam berkata, sebarang maklumat mengenai kes jenayah boleh dilaporkan kepada polis di Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast