Surat komitmen itu disampaikan sendiri oleh pengerusi syarikat itu Ahmed Hussain Al-Khalaf pada majlis ringkas melawat ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al Khor, kira-kira 50 kilometer di utara Doha.

DOHA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima surat komitmen untuk pelaburan berjumlah US$360 juta dari Agrico Qatar.

Surat komitmen itu disampaikan sendiri oleh pengerusi syarikat itu Ahmed Hussain Al-Khalaf pada majlis ringkas melawat ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al Khor, kira-kira 50 kilometer di utara Doha.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh.

Terdahulu, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia melawat Ladang Baladna milik Baladna Food Industries.

Ketibaan beliau disambut Pengerusi Kumpulan Baladna Food Industries Moutaz Al-Khayyat dan Pengarah Urusannya Ramez Al-Khayyat.

Perdana Menteri turut diberikan taklimat mengenai syarikat itu oleh ahli lembaga bebasnya Aidan Tynan.

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga telah dibawa melawat pusat pengeluaran susu lembu Holstein berkualiti Baladna, yang menggunakan teknologi perahan ‘rotary’ terkini.

Hadir sama Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Qatar Sheikh Dr Faleh bin Nasser bin Ahmad Al-Thani.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Qatar.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast