Gambar Hiasan. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Warga kota menyambut baik negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini yang akan menyaksikan rakyat mengharungi kehidupan yang lebih normal.

Beberapa individu yang ditemui MalaysiaGazette meluahkan pendapat dan perasaan mereka berkenaan peralihan yang membabitkan pembukaan sempadan negara dan pelaksanaan ibadat tanpa penjarakan fizikal mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Ibrahim Man, 83 ditemu ramah mengenai peralihan ke fasa endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 28 MAC 2022.

Menurut Ibrahim Man, 83, beliau ,erasakan sebelum ini seakan-akan berada di bawah tahanan dek kekangan Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Beliau yang nyata gembira dengan perubahan itu yang bakal berlaku berkata: “Dulu kalau nak solat di masjid atau surau, diwajibkan untuk dapat kebenaran daripada pihak imam. Saya kalau nak solat Jumaat, minggu ni boleh, minggu depan tak boleh pula.

“Tapi Alhamdulillah sekarang semua dah diringankan, mulai 1 April nanti dah boleh rapatkan saf. Tapi sebagai rakyat, kita sepatutnya mahu mengambil tanggungjawab sendiri untuk meringankan beban kerajaan supaya tiada lagi wabak yang kita memang tak nampak ini” ujarnya.

Mohd Razib Abd Aziz, 61 ditemu ramah mengenai peralihan ke fasa endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 28 MAC 2022.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan peralihan fasa itu berkata, fasa ‘peralihan ke endemik’ ini adalah strategi keluar untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19

Bagi Razib Abd Aziz, 61, peralihan tersebut cukup baik buat golongan peniaga seperti dirinya yang terkesan sewaktu pelaksanaan PKP.

Beliau bersyukur dengan pengumuman Perdana Menteri memansuhkan penjarakan fizikal solat berjemaah di masjid dan surau.

Katanya, peralihan tersebut, dapat memeriahkan semula suasana di rumah ibadah selain meramaikan kembali jemaah seperti dulu kala.

“Dulu masa ada penjarakan fizikal ramai juga, cuma kuantitinya terhad, sekarang dah boleh kembali rapatkan saf, cuma kita masih kena ikut standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan.

Rokiah Rajab, 60 ditemu ramah mengenai peralihan ke fasa endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 28 MAC 2022.

Sementara itu, Rokiah Rajab, 60, berkata, keputusan membuka semula sempadan adalah keputusan yang bagus tetapi pelan tersebut harus diteliti daripada segi menepati SOP yang ditetapkan tanpa kompromi.

“Kalau ikut data tengok jumlah kategori cases, CAT-1 (Katageri 1 Covid-19) dan CAT-2 memang banyak, tapi CAT-4, dan CAT-5 dah making berkurangan”

“CAT-1 dan 2 tu dah macam selsema biasa yang orang hidap, cuma kita patuh atau tidak je SOP yang ditetapkan”

“Saya rasa dah lama sangat kita (rakyat) dalam keadaan terkawal (pandemik), terang lagi bersuluh rakyat sekarang mahukan kebebasan dalam kehidupan walaupun terpaksa hidup di sekeliling wabak” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di perkarangan Kompleks Sogo.

Menurutnya, jika dilihat sekeliling semua orang patuh SOP dan tidak akan menjadi satu masalah besar sekiranya beberapa peraturan diringankan atau dimansuhkan.

Aida Hanani, 25 ditemu ramah mengenai peralihan ke fasa endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 28 MAC 2022.

Dalam pada itu, Menurut Aida Hannani, 25, berkata, keputusan tersebut adalah keputusan bernas kerana ianya adalah inisiatif terbaik daripada kerajaan untuk menjana semula ekonomi peniaga-peniaga.

“Saya rasa dalam fasa endemik ni, kita harus get used to it.. it’s not a big problem pun.. nak tak nak kita kena hidup dengan virus ini”

“Saya tidak lah begitu gembira dengan keputusan tersebut cuma ia lebih kepada kita kena menerima hakikat yang wabak ini memang tidak akan hilang begitu sahaja”

“Tapi janganlah kita lupa amalkan peraturan-peraturan yang ditetapkan, semuanya masih lebih kurang sama seperti yang ditetapkan sebelum ini.” ujarnya. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast