Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang tertunggak dalam masa terdekat.

Isu itu dijanjikan sendiri Menteri Besar,, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mana menurut beliau, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai tentang isu berkenaan.

“Insya-Allah, Pengarah PTG Negeri, Datuk Ashaari Kasnan dan pegawai-pegawai akan mengambil pendekatan secara tuntas berkenaan pemilikan tanah yang tertunggak dan membuat gerak kerja bagi menyelesaikan isu-isu ini dalam masa terdekat.

“Saya juga meminta pihak PTG untuk mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang bersesuaian untuk dibangunkan bagi tujuan perumahan mampu milik di setiap daerah.

“Isu-isu pemilikan tanah Felda khususnya bagi generasi kedua juga harus diberi perhatian segera. Semoga segala usaha untuk membantu Bangsa Johor ini dipermudahkan,” kata Onn menerusi entri terbaharu dalam Facebook miliknya hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast