Beberapa pemilik perniagaan menunjukkan laporan polis yang dibuat berkaitan kejadian pecah masuk premis perniagaan mereka di Cheras, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah kedai komputer di Cheras yang dirompak dua kali dalam tempoh empat hari meminta polis meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut bagi mengelak insiden sama berulang.

Pemilik premis yang enggan dikenali berkata, walaupun sistem keselamatan telah dinaik taraf ketika kedainya dirompak pada 24 Ogos lalu namun pemis itu tetap dipecah masuk.

“Meskipun, premis kami dilindungi oleh insurans, prosedur dan proses yang panjang diperlukan untuk tuntutan insurans.

“Oleh itu setiap kali selepas kejadian, kami terpaksa berbelanja anggaran kos sebanyak RM30,000 bagi menaik taraf sistem keselamatan dan ini menyebabkan kami mengalami isu kewangan dan kerugian yang amat besar,” katanya pada sidang media sambil menambah laporan polis dibuat Balai Polis Cheras, Batu 9, di sini.

Selain dipecah masuk pada 23 dan 26 Mac lalu, premis tersebut turut dirompak 29 Disember dan 24 Ogos tahun lalu.

Beliau mendakwa, dalam kejadian terbaharu pada jam 6 pagi 26 Mac lalu, lebih 20 individu telah memecah masuk kedainya dan menahan dua pengawal keselamatan.

Katanya, beliau mengetahui kejadian tersebut menerusi sistem penggera keselamatan yang disambungkan ke telefonnya.

Berikutan itu, pemilik kedai tersebut telah meminta pekerjanya ke kedai dan setibanya di premis itu mereka mendapati penduduk di kawasan tersebut telah berkumpul namun sekumpulan lelaki telah melontarkan objek keras ke arah kenderaan mereka sehingga menyebabkan kerosakan.

Kereta pekerja yang mengalami kerosakkan.

Katanya, beliau mengetahui kejadian tersebut menerusi sistem penggera keselamatan yang disambungkan ke telefonnya.

Berikutan itu, pemilik kedai tersebut telah meminta pekerjanya ke kedai dan setibanya di premis itu mereka mendapati penduduk di kawasan tersebut telah berkumpul namun sekumpulan lelaki telah melontarkan objek keras ke arah kenderaan mereka sehingga menyebabkan kerosakan.

Menurut beliau, berikutan aktiviti jenayah yang kerap berlaku, pemilik kedai lain dan penduduk berhampiran mula hilang keyakinan terhadap tahap keselamatan di kawasan tersebut.

“Kami berharap pihak polis dapat memahami keseriusan isu dan mengambil tindakan sewajarnya supaya dapat meningkatkan keselamatan daerah ini dan mengelakkan insiden sebegini berlaku pada masa akan datang”, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast