Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

KUANTAN – Caj khidmat bayaran atas talian sebanyak RM1 bagi setiap transaksi bayaran bil air melalui laman sesawang Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dan aplikasi PahangGo tidak mansuhkan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, caj itu dikutip bagi memastikan modul Paip di dalam aplikasi PahangGo diselenggara dengan baik.

“Kita yakin pembayaran melalui PahangGo merupakan pilihan yang memudahkan pengguna,” katanya pada  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan Leong Yu Man (PH-Triang) tentang perancangan kerajaan Pahang untuk memansuhkan caj perkhidmatan dalam talian bagi bayaran bil air melalui laman sesawang Paip  dan PahangGo.

Bagaimanapun, katanya, pengguna mempunyai pilihan untuk membayar bil di kaunter tanpa kos tambahan.

Kini seramai 5,000 pengguna membayar bil Paip menerusi aplikasi PahangGo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast