KUALA LUMPUR – Kepulan asap tebal yang dilihat keluar daripada serombong sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota, di sini berpunca daripada dapur sebuah restoran yang menghidangkan daging itik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.12 petang, dan seramai 11 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Jalan Tun Razak dihantar ke tempat kejadian.

“Kebakaran didapati berpunca daripada dapur pembakar daging itik sebuah restoran, yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah itu.

“Kebakaran itu telah padam sendiri, kebakaran turut menyebabkan lima kepala perenjis air pecah akibat bahang kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal keluar daripada serombong asap pusat membeli-belah berkenaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast