Dr Noraini Ahmad Higher Education UiTM Professor Dr Roshana Takim insults B40 student
Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi meminta supaya pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi penjelasan berhubung isu seorang pensyarah yang didakwa menghina pelajar golongan B40.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam ciapan ringkas di Twitter berkata, beliau telah berhubung dengan UiTM untuk mendapatkan laporan berkaitan insiden yang telah tular di media sosial sejak semalam.

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka,” ciap Noraini.

Sementara itu rata-rata pengikut Twitter Noraini dalam reaksi turut memberi beberapa cadangan kepada menteri tersebut.

“Datuk, pelajar sudah berada di semester lima. Apakah pilihan saluran bantuan yang boleh dimohon oleh pelajar jika sukar membeli komputer bagi tujuan pembelajaran? Jika pelajar mendapat biasiswa/pinjaman, dicadangkan agar kerajaan masukkan perolehan komputer sebagai mandatori,” cadang Ajieps Razif.

“Mengajar di institusi yang ditubuhkan memang untuk mengangkat taraf ekonomi orang Melayu dan bumiputera. Kena banyak bersabar dan ada sikap empati. Ini bukan tentang seorang prof dan seorang pelajar,” kata Ahmad Riduan.

“Tak ada etika! Tak patut persoal pasal keluarga pelajar. Lebih-lebih lagi bila satu kelas boleh dengar. Prof. silalah pencen,” kata Sharkys.

“Selain penjelasan, permohonan maaf perlu dibuat oleh profesor atas penghinaan kepada golongan berpendapatan rendah. Mohon pihak kementerian mengambil tindakan segera dan lebih efisyen untuk menangani isu kemiskinan laptop dalam kalangan pelajar di seluruh Malaysia,” komen Farah.

Seorang pensyarah di UiTM menjadi tular di media sosial gara-gara mengeluarkan perkataan yang disifatkan sebagai menghina pelajar dari golongan B40.

Pensyarah berkenaan memarahi pelajar terbabit kerana hanya masih tidak memiliki komputar walaupun telah berada di semester kelima.

Dalam video yang tular itu, pensyarah berkenaan tahu kedudukan ekonomi keluarga pelajar berkenaan dari kumpulan B40 dan ibunya telah meninggal dunia manakala bapa pelajar berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

Pensyarah berkenaan turut menggesa pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas yang dimiliki untuk membeli komputer.

Dalam perbualan itu, pensyarah tersebut turut menyatakan dia tidak boleh ‘duduk’ dengan golongan B40 kerana kumpulan tersebut lebih mementingkan perkara lain berbanding pelajaran.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Aku dulu pun tiada komputer, so I gunakan komputer university yang termasuk dalam yuran university. Kadang-kala kawan bagi aku pinjam sekejap okay je. Memang aku sengket sebab abah aku pesara polis konstable, so terima kasih kepada dasar ekonomi apartheid aka DEB 30% ekonomi untuk majority pribumi Melayu supaya minority bukan Melayu baka timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris meraih 70% ekonomi.

Comments are closed.