KUANTAN – Ahli UMNO Pahang perlu bergerak seperti ‘Ninja Turle’ bagi memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, analogi siri animasi itu digunakan sebagai panduan untuk menakluki atau memenangi peperangan.

Katanya, sebagai ahli UMNO, setiap individu mempunyai peranan dan bertanggungjawab untuk bergerak ke hadapan secara pasukan.

“Kalau sebagai ahli kita bergerak sendiri sendiri dan tidak secara pasukan, ini sukar dan jarang gerak sendirian, mesti ada pasukan bergerak.

Wan Rosdy Wan Ismail

“Kita perlu fokus dan ingat matlamat mendokong parti UMNO dan menang PRU nanti, “ katanya selepas majlis Perasmian Keluargaku Ahli UMNO, di sini, hari ini.

Tambah beliau, pendekatan itu wajar diterap bagi memenangi hati rakyat dalam kalangan kelompok dalaman terlebih dahulu.

Menyentuh tentang program Keluargaku Ahli UMN, Wan Rosdy berkata, ia bertujuan meningkatkan pendaftaran ahli parti dengan mensasarkan kelompok terdekat bagi menyertai UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast