Fathul Bari (kanan) dan Pengarah Urusan SCID, Wang Zhen Yi menyampaikan MoU yang ditandatangani kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) sambil disaksikan oleh Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri, berbaju merah) dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md. Shariff (kiri berkot biru) di Dubai baru-baru ini.

KUALA LUMPUR  – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama SANY Construction Industry Development (M) Sdn Bhd (SCID), sebuah anak syarikat pengeluar peralatan berat.

PR1MA, merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memikul amanah untuk membina 100,000 rumah mampu milik dan meningkatkan pemilikan rumah sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Oleh yang demikian melalui kerjasama ini, PR1MA akan mengguna pakai teknologi IBS oleh SANY untuk membina lebih banyak rumah berkualiti tinggi di samping meningkatkan peluang pekerjaan kepada lebih 12,000 yang berkemahiran tinggi dalam pengadaptasian latihan TVET melalui teknologi IBS oleh SANY.

Justeru, kerjasama itu dapat juga akan menarik potensi pelaburan sebanyak RM75 juta di mana SCID bakal mewujudkan tiga kilang IBS sebagai permulaan oleh SANY di lokasi-lokasi strategik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penggunaan teknologi IBS juga akan menyumbang kepada 20,000 pembinaan unit kediaman mampu milik di seluruh negara dengan nilai pembangunan sebanyak RM5 bilion.

“Bagi kerjasama untuk penggunaan teknologi pula, antara kelebihan IBS ialah mengurangkan kos pembinaan dengan adaptasi teknologi, sekaligus dapat memacu ekonomi melalui pembangunan dan ini dapat membantu ini, SCID  membangunkan rancangan perniagaan untuk pembekalan dan penghantaran sistem IBS,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Ini adalah selari dengan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan “Satu Keluarga, Satu Rumah” dan aspirasi Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, kolaborasi antara kedua-dua pihak  amat penting dalam menjayakan aspirasi kerajaan untuk membantu Keluarga Malaysia yang berpendapatan sederhana (M40) memiliki rumah pertama idaman mereka.

“Ini juga menunjukkan bahawa Malaysia merupakan satu destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur luar selepas pandemik Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md. Shariff amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan SCID yang merupakan pakar dalam bidang teknologi IBS.

“Kami yakin, dengan kolaborasi ini, PR1MA dapat merancangkan pembinaan rumah mampu milik sekali gus dapat memenuhi permintaan bakal pembeli rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, majlis menandatangani memorandun persefahaman (MoU)  disaksikan Perdana Menteri semasa lawatan beliau ke Dubai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast