TAWAUfm Radio Station Maghrib azan

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan Stesen Radio TAWAUfm menyiarkan azan Maghrib lebih awal daripada waktu yang dijadualkan.

Pengarah Penyiaran Sabah, Zulkefli Mohd berkata, RTM sedar kepentingan siaran azan khususnya bagi waktu Maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan umat Islam untuk berbuka puasa.

Bagaimanapun, penyiaran azan 4 minit lebih awal pada 1 Ramadan 1443H oleh Stesen Radio TAWAUfm adalah tidak disengajakan.

”Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah sekali lagi memohon maaf kepada para pendengar TAWAUfm atas kesilapan tersebut dan akan memastikan kesilapan tidak berulang pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast