Nelayan ditemukan maut di dalam sebuah bot di bawah pelantar minyak jeti loji penapisan di Sungai Udang, Melaka, petang tadi.

MELAKA – Seorang nelayan ditemukan maut di dalam sebuah bot di bawah pelantar minyak jeti loji penapisan di Sungai Udang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima laporan kejadian daripada orang awam kira-kira pukul 3.30 petang.

“Mangsa lelaki berusia 64 tahun dan ketika kejadian, warga emas itu dipercayai sedang keluar menangkap ikan di kawasan sekitar sebelum ditemukan meninggal dunia di bawah jeti terbabit.

“Berdasarkan maklumat awal daripada keluarganya, mangsa dikatakan mempunyai sejarah sakit jantung dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Christopher Patit

Tambah Christopher, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar kejadian menunjukkan mangsa yang memakai baju berwarna kuning dalam keadaan tersembam di dalam bot terbabit.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast