KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai rundingan bersama gabungan itu untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen.
Isham berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya boleh mengadakan rundingan dengan kepimpinan partinya sahaja bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) kelak.
“Dia ingatkan PM bahawa jika ingin bubar Parlimen, PM kena runding dengan dia (PN) dulu.
“Saya ingin tanya Muhyiddin, dia pakai undang-undang mana yang kata PM perlu rujuk kepada dia atau parti dia sebelum bubar Parlimen?
“Jika pun PM akan rujuk mana-mana parti, tentunya PM akan rujuk kepada partinya sendiri iaitu UMNO dan bukannya PPBM atau PN atau parti orang lain untuk bubar Parlimen, katanya dalam satu kenyataan.
Isham membuat kenyataan balas itu merujuk kepada kenyataan Muhyiddin yang mengingatkan Ismail Sabri bahawa PN perlu dibawa ke meja rundingan dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.
Muhyiddin berkata, perkara itu dizahirkannya ketika pertemuan dengan Ismail Sabri ketika program berbuka puasa degnan beberapa kepimpinan PN, semalam.
Turut hadir adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr Dominic Lau.
Dakwa beliau, Muhyiddin ini kaki pusing kerana semalam Presiden Parti Pribumi Bersatu MAlaysia itu jumpa PM ajak bekerjasama.
Selarnya, sebelum ini ada laporan kata Muhyiddin pergi jumpa orang lain minta sokongan nak jadi PM semula.
”…maksudnya nak jatuhkan PM sekarang. Apa punya khianat. Bulan puasa pun gila kuasa,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Kah kah…PN yg kalah dalam semua PRN dan PRK tu..yg penuh dgn katak2 hijau tu..hee
Saya seorang pengundi atas pagar..Saya skrg dah sgt menyampah dgn Muhyidin bersama Azmin Ali, Zuraida dan kumpulan katak kartel nya dlm PN..Kumpulan inilah yg menghuru harakan negara setelah mereka buat langkah Sheraton utk mjatuhkan kerajaan Ph yg telah di bina rkyt pada Pru14 tahun yg lalu.. Kejatuhan Ph bukan melalui pilihanraya tetapi di khianati kumpulan2 ini masuk dari pintu belakang tebuk atap.. Kalaulah perkara ini terus berulang lagi di lakukan oleh pengkhianat2 ini di masa akan datang sistem undang2 demokrasi dan negara kita akan hancur nnti..Saya bpesan kpd semua pengundi2 rkyt Malaysia jgn lagi bagi undi kpd parti kumpulan2 pengkhianat ini lagi..Saya harap kita sbg rkyt biasa jgn terlalu taksud dgn mana2 parti atau dgn mana2 ahli politik sebab yg mjadi mangsa nnti adalah kita rkyt biasa bukan ahli politik..Ahli politik senang lenang jadi kaya mdpt gaji elaun komisyen setiap bulan berpuluh puluh ribu ringgit masuk akaun setiap bulan tetapi kita rkyt biasa apa kita dpt ??? Menyampah dah dgn ahli2 politik