Sam Ke Ting

JOHOR BAHRU- Satu petisyen bagi mendesak pembebasan pemandu wanita, Sam Ke Ting yang dilancarkan menerusi laman Change.org telah mendapat 416,212 sokongan setakat pukul 3 petang, hari ini.

Petisyen berkenaan diwujudkan selepas Ke Ting dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor semalam

Beberapa komen tanda sokongan kepada wanita berkenaan turut dihujani pelayar website tersebut.

“Wanita itu tidak berada dibawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit selain memakai tali pinggang keledar semasa memandu, itu bukti dia pemandu yang bertanggungjawab, selain ada berpandangan, peristiwa tragis itu berlaku di jalan raya selepas jam 3 PAGI. Jalan raya untuk kereta bukan untuk basikal lajak. Jauh lagi untuk kanak-kanak di bawah umur secara sendiri,” menurut antara komen yang ditinggalkan di laman website berkenaan.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 kepada Ke Ting dan jika gagal bayar akan dikenakan tambahan enam bulan penjara.

Selain itu, Ke Ting uga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik sahaja selesai menjalani tempoh hukuman.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Mereka yang membuat petisyen itu dikenakan menghina makamah.Pihak yg bertanggungjawab laksanakan undang yg ada spt termaktub.

  2. KEBODOHAN YANG PADA YANG TERKORBAN PADA 3 PAGI MERAYAU2 ITU TANPA LAMPU SERTA LANGGAR LAMPU ISYARAT….ANAK2 me LAYU…TIDAK PULA DIPERSOALKAN

    3 pagi masa terbaik rehat/tidur atau mentelaah pelajaran….sudah ada SINDROM MELEPAK MEREMPIT MEROKOK DAN DADAH JIKA IBUBAPA MASYARAKAT PEJAM MATA DAN MEMBISU PADA GELAGAT ANAK2

Comments are closed.