Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech kepada pelajar sekolah dalam program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dos penggalak kedua diberikan kepada warga emas dengan komorbiditi tinggi dan remaja berumur 12 tahun dengan moderate atau severe immunocompromised kerana mereka adalah kumpulan yang paling terdedah kepada virus Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr. Anas Alam Faizli berkata, keputusan untuk memberi suntikan dos penggalak kedua selepas Kumpulan Kerja Teknikal meneliti kajian saintifik serta kajian yang dijalankan oleh kohort Malaysia ke atas mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang menghidap penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan pesakit kencing manis yang mempunyai risiko tinggi mengalami simptom yang teruk atau mati akibat Covid-19.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga membenarkan individu dewasa yang merancang untuk ke luar negara mendapatkan dos penggalak kedua bagi memenuhi keperluan ke luar negara.

Justeru, individu yang ingin ke luar negara boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya satu bulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara, tanpa mengira status risiko.

Sementara itu, individu berumur 60 tahun ke atas yang sihat tanpa komorbiditi berisiko tinggi hanya boleh mendapatkan dos penggalak kedua atas nasihat pengamal perubatan.

Anas Alam berkata, vaksin Pfizer-BioNTech akan digunakan untuk pelaksanaan dos penggalak kedua.

Ia akan diberikan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Objektif pemberian dos penggalak kedua untuk memastikan tahap perlindungan optimum untuk warga emas dan individu berisiko tinggi, kerana mereka adalah kumpulan yang paling terdedah kepada virus Covid-19.

“Menuju peralihan ke fasa endemik, adalah sangat penting untuk kita terus melindungi golongan yang paling terdedah dan ini adalah salah satu usaha untuk melindungi golongan ini. Selain itu, kami juga telah menerima banyak pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai tentang dos penggalak kedua,” katanya.

Memandangkan perayaan Hari Raya yang menjelang tiba, turut menasihati individu yang berisiko tinggi ini untuk mendapatkan perlindungan yang lebih optimum dari virus Covid-19 dengan mendapatkan vaksin dos penggalak kedua.

Sehingga 14 April 2022, sebanyak 15.9 juta dos penggalak telah diberikan dan 12.3 juta dos atau 77.4% disumbangkan oleh Pengamal Perubatan Swasta (PMP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Penjagaan Kesihatan di bawah ProtectHealth. – MalaysiaGazette

60 tahun ke atas boleh ambil dos penggalak kedua – Khairy

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast