The Selangor Police Chief, Datuk Arjunaidi Mohamed speaks to the media. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 15 APRIL 2022. Myanmar man murder compatriots
Datuk Arjunaidi Mohamed Foto MOHD ADZLAN, 15 APRIL 2022.

SUNGAI BULOH –  Gara-gara mengeluarkan kata-kata hina dan kesat semasa lepak minum arak bersama rakan-rakan, nyawa seorang lelaki warga Myanmar melayang apabila dibunuh rakan senegaranya itu.

Namun, tidak sampai 48 jam berlakunya insiden itu, ,suspek yang merupakan seorang pekerja kilang berhampiran tempat tinggal mangsa di kawasan perindustrian Kampung Baru Sungai Buloh berjaya dicekup polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, tidak sampai 48 jam mangsa dibunuh, suspek seorang pekerja kilang dan juga rakan-rakannya yang bertanggungjawab melakukan jenayah itu berjaya dicekup polis.

“Pada 3 April lalu jam lebih kurang 5.30 petang Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh telah menerima panggilan daripada Mers 999 pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan seorang lelaki warga asing ditemui dalam keadaan tidak sedar diri dan berlumuran darah di dalam sebuah kilang tilam beralamat di Jalan Industri Kampung Baru Sungai Buloh.

“Petugas dari Hospital Sungai Buloh yang dikejarkan ke lokasi kejadian telah memeriksa mangsa dan mengesahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di IPD Sungai Buloh pagi tadi.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.

Tambah Arjunaidi bertindak atas maklumat, pada hari yang sama jam antara 5.30 petang hingga 5 pagi 5 April lalu, sepasukan polis dari IPD Sungai Buloh telah membuat tiga serbuan di Jalan Industri 6 Kampung Baru Sungai Buloh, Kilang di Taman Alam Megah Seksyen 28 Shah Alam dan Bandar Damai Perdana Cheras.

Menurutnya, hasil serbuan polis berjaya membuat tangkapan ke atas enam lelaki warganegara Myanmar yang disyaki bersubahat melakukan pembunuhan itu.

“Kesemua suspek berusia 20 hingga 35 tahun manakala si mati berusia 28 tahun.

“Hasil pemeriksaan dilokasi tangkapan polis dengan kerjasama pasukan forensik IPK (Ibupejabat Polis Kontijen) Selangor berjaya merampas sebilah pisau berwarna silver berukuran lebih kurang 26 sentimeter dan sebatang pemutar skru mata bunga berhulu hitam kuning berukuran lebih kurang 27 sentimeter,” katanya.

Ujar beliau kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah Arjunaidi hasil soal siasat ke atas keenam-enam suspek dua daripadanya mengaku membunuh mangsa dengan menggunakan pisau dan pemutar skru.

“Motif pembunuhan adalah disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan simati yang telah menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada suspek semasa sedang minum arak bersama.

“Kesemua suspek sedang direman sehingga 17 April ini dan kertas siasatan akan dilengkapkan dan diangkat kepada Pejabat Pendakwaraya untuk arahan tuduhan di mahkamah,” tegasnya. – MalaysiaGazette