BERA – Berita gembira buat semua rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri tahun ini kerana kesemuanya ‘bebas’ dan boleh pulang berhari raya di kampung halaman setelah dua tahun berdepan Printah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,ia selaras dengan keputusan negara memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April lalu, kebanyankan mereka juga telah meraikan hari pertama berpuasa bersama keluarga di kampung.
“Semua boleh balik, bebas beraya di kampung tahun ini.
“Tahun ini ibu bapa boleh beraya dengan anak mereka kerana anak mereka boleh balik beraya di kampung setelah dua tahun pergerakan tidak dibenarkan.
“Bahkan semasa hari puasa hari pertama mereka pun sudah dapat berbuka puasa bersama keluarga di kampung dan jalan raya sesak semasa itu,” katanya ketika sidang media sejurus penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan yang menjadi aktiviti tahunan sempena Aidilfitri di Masjid Mengkarak, Bera hari ini.
Justeru pihaknya mengarapkan masyarakat memakai pelitup muka dan membuat kawalan kendiri meskipun tidak diwajibkan bagi keselamatan semua dalam meraikan Syawal.
Menurut Ismail Sabri, tradisi memberi sumbangan diteruskan dan memberi manfaat seramai 4,800 penerima bantuan wang tunai peruntukan dengan kerjasama Yayasan Petronas bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Tambah Ahli Parlimen Bera itu, bagi meraikan keluarga Malaysia beraya ke kampung bersama ibu bapa, pihaknya menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada 8 Mei nanti.
Manakala Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera diadakan 7 Mei Sabtu, di Dataran Kerayong.
“Penglibatan semua kampung bagi menyediakan makanan hari raya diagihkan mengikut kampung membuat rendang, lemang, ketupat dan tapai.
“Seperti perhimpuan warga Bera setiap tahun dan peringkat cawangan, dan menjemput semua datang bermula 9 pagi hingga 2 petang,” katanya. – MalaysiaGazette