Pegawai penjara membawa keluar Sam Ke Ting selepas Mahkamah Rayuan membenarkan kerani wanita tersebut menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Kerani wanita, Sam Ke Ting yang dipenjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di sini sementara rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette