The victim poured petrol on himself before setting himself on fire at Persiaran Bercham Timur, Ipoh, Perak today. torched himself senior citizen
The victim poured petrol on himself before setting himself on fire at Persiaran Bercham Timur, Ipoh, Perak today. Mangsa dikatakan bertindak menyiram petrol seblum membakar dirinya dalam kejadian di Persiaran Bercham Timur, Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemui rentung selepas dikatakan membakar dirinya menggunakan petrol dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di Persiaran Bercham Timur, di sini, hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati seorang lelaki berusia 74 tahun disyaki membakar dirinya menggunakan petrol.

Pihak bomba berjaya memadamkan api namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

“Anggota bomba bertindak memadamkan api sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.15 pagi. – MalaysiaGazette