Ahmad samsuri mokhtar
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Penafian Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang sekadar melabelkan dokumen sulit tentang perancangan parti itu untuk kekal berkuasa di Putrajaya sebagai ‘sampah’ adalah kurang meyakinkan.

Sedangkan, pada masa sama, kata Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda, Ahmad Samsuri mengakui pertemuan dengan tokoh-tokoh yang disebutkan dalam dokumen berkenaan adalah benar.

“Memandangkan intipati kandungan dokumen tersebut sangat berkait rapat dengan masa depan negara serta kebebasan institusi kehakiman negara, penafian tegas oleh pimpinan utama PAS iaitu presidennya amatlah dituntut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut menyifatkan pendedahan dokumen sulit itu mengejutkan kerana melalui dokumen berkenaan terbukti beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) didakwa cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik masing-masing termasuk mencampuri urusan mahkamah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. fitnah PAS terima RM 90 JUTA dari Umno yang dijaja Oleh DAPIGS dan PANKHIANAT serta rm 1.4 juta dijaja ANWARFIKUN….KENAPA TERUS SEPI DAN MEMBISU setelah TIADA BUKTI hampehhh

Comments are closed.