The Bukit Aman Narcotic Crime Investigation Department (NCID), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay at a news conference on the success of RM10.3 million syabu drug raid. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 25 APRIL 2022. Tiktok livestream video policewoman ASP
  The Bukit Aman Narcotic Crime Investigation Department (NCID), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay at a news conference on the success of RM10.3 million syabu drug raid. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 25 APRIL 2022. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap pada sidang media mengenai kejayaan rampasan dadah syabu yang bernilai RM10.3 juta di Menara 2, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 25 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang didakwa membuat rakaman secara langsung (live) di laman sosial aplikasi TikTok sewaktu serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan bakal berdepan tindakan tegas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perbuatan pegawai kanan yang bertugas di JSJN Bukit Aman itu dan masih menunggu hasil siasatan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Perbuatan beliau merakam video secara langsung ketika serbuan memang tidak dibenarkan sama sekali melainkan program secara rasmi di media sosial milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kalau offcial (FB Live PDRM) kita tidak ada masalah tetapi penelitian mendapati TikTok dia memang ada unsur bersifat peribadi dan mempromosikan dan menambah pengikutnya.

“Ini jelas satu perbuatan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) serta Tatacara yang ditetapkan PDRM,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: Polis siasat pegawai guna TikTok rakam serbuan pusat hiburan

Beliau berkata, surat pekeliling penggunaan media sosial termasuk TikTok oleh pegawai dan anggota PDRM yang perlu dipatuhi pernah dikeluarkan pada Ogos 2020, Mei 2014 dan Februari 2021.

Ayob Khan berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan anggota atau pegawai polis yang melanggar tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Anda sememangnya kenal pendekatan tegas saya yang tidak ada tolak ansur sama sekali dalam soal salah laku membabitkan pegawai dan anggota saya.

“Saya akan ambil tindakan tegas tanpa pilih bulu tak kira sama seseorang itu berpangkat pegawai atau anggota, tindakan sama sahaja. Kalau di Johor bukan setakat ASP, Superintendan pun saya ambil tindakan, OCPD pun kita ambil tindakan tatatertib,” ujarnyanya.

Terdahulu, video TikTok berdurasi seminit 38 saat tular di media sosial memaparkan seorang pegawai polis wanita berpangkat ASP membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa melakukan serbuan dipercayai di sebuah pusat hiburan bersama pegawai dan anggota polis lain.

Bagaimanapun video berkenaan mendapat reaksi menerima kecaman orang ramai yang mempersoalkan perbuatan pegawai tersebut yang disifatkan mengejar populariti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast