The body of Tan Sri Dr. Ali Hamsa is brought to his house at Precinct 10 right after his arrival from Ireland this morning. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 APRIL 2022
The body of Tan Sri Dr. Ali Hamsa is brought to his house at Precinct 10 right after his arrival from Ireland this morning. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 APRIL 2022. Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa tiba di kedimannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dekebumikan hari ini di Presint 10, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa selamat tiba di kediamannya di Presint 10, kira-kira jam 8.26 pagi tadi.

Ketibaan jenazah Allahyarham disambut ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-taulan seawal jam 7 pagi tadi dalam suasana pilu.

Masing-masing mengenakan pakaian serba hitam dan bersongkok.

Sebelum dikebumikan, jenazah akan diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga terdekat, saudara-mara dan rakan sejawatnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan tiba di kediaman bekas KSN itu kira-kira jam 9.30 pagi bagi memberi penghormatan terakhir.

Jenazah llahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa dibawa ke rumahnya di Presint 10 sejurus tiba dari Ireland pagi tadi. Foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2022.

Terdahulu Allahyarham Ali, 66, yang diterbangkan dari Ireland, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, di sini, untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Jenazah kemudiannya akan disembahyangkan selepas solat zohor di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai KSN selama enam tahun bermula 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland, Khamis lalu. – MalaysiaGazette