MGNews : Jenazah Ali Hamsa Selamat Dikebumikan

Jenazah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 10, di sini, jam 3.30 petang tadi.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini selepas solat Zohor dengan diiringi lebih 500 jemaah terdiri daripada penjawat awam, ahli keluarga dan rakan taulan arwah.