Director-General of Immigration, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud speaks to the media after an operation on illegal immigrants (PATI) at the Selayang Daily Market and Kuala Lumpur Wholesale Market. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 28 APRIL 2022 Rohingya depot
Director-General of Immigration, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud speaks to the media after an operation on illegal immigrants (PATI) at the Selayang Daily Market and Kuala Lumpur Wholesale Market. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 28 APRIL 2022. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bercakap kepada media selepas mengadakan satu operasi menahan pendatang tanpa izin (PATI) di Pasar Borong Harian Selayang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak menolak kemungkinan sebahagian 61 warga asing yang masih diburu selepas meloloskan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang dipercayai melarikan diri di Selayang di sini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, saki-baki etnik Rohingya terbabit mengetahui selok-belok beberapa kawasan di negara ini kerana mereka dikesan mempunyai pengalaman bekerja di kawasan terbabit.

“Baki yang lari daripada Sungai Bakap (depot) yang masih diburu adalah seramai 61 orang (warga asing). Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat segelintir daripada mereka yang telah lari ke kawasan Selayang.

“Seperti mana yang dimaklumkan polis semalam, mereka yang masih bebas ini tahu selok-belok di kawasan Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan mereka dikesan pernah bekerja di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam kejadian awal pagi 20 April lalu, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap melarikan diri dari depot tersebut.

Dari jumlah itu, seramai 357 telah dikesan semula termasuk enam yang maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika melintas Lebuh raya PLUS di KM168 menghala selatan, berhampiran kawasan Jawi.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee tidak menolak kemungkinan warga asing terbabit dibantu komuniti mereka sendiri untuk bersembunyi selepas lebih seminggu meloloskan diri daripada tahanan Imigresen.

“Orang tempatan kemungkinan tidak tetapi dibantu oleh komuniti mereka sendiri.

“(Warga asing) masih diburu Imigresen dan PDRM. Saya ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada PDRM kerana banyak membantu mengesan semula mereka yang lari,” katanya lagi. – MalaysiaGazette